• fRenz bLogs…

    Nana
    Jool
    Si Kosong
    Ayu
    Ewan
    Mr Joe
    Cma
    Ani
  • LiNks

    youtube yahoo
    mosti yahoo
  •  

    February 2010
    M T W T F S S
    « Jan    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728

dimanakan ku cari ganti…

Hendak ku nangis, tiada berair mata,
Hendak ku senyum, tiada siapa nak teman,
Kalaulah nasib, sudah tersurat,
Begini hebat,
Apa nak buat…
.
Di mana kan ku cari ganti,
Serupa denganmu…
Tak sanggup ku berpisah,
Dan berhati patah,
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati,
Selama kau pergi,
Tinggalku sendirian,
Tiada berteman,
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita,
Cahaya indah tiada berguna,
Keluhan hatiku,
Menambah derita,
Tetap kau jua,
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti…
Mungkinkah di syurga…
Untuk kawan berduka…
Menangis bersama…
Selama-lama…

              http://www.youtube.com/watch?v=LB4oYbnt1r0 

 

*mustahilkan ada pengganti, kerna takkan ada yang serupa denganmu…

 

opis.

mgu lepas bz ngn web opis. tetiba jatuh cinta… harhar. jatuh cinta ngn joomla la la la… heh ;p

dulu guna jugak joomla tp dulu xde la xplore lebih2. pening jugak sesetengah menda tu. tp alhamdulillah, pelan2 belajar. ada sekali try, last2 database rosak. harhar.. dah ok sikit webnye. sila la melawat. http://www.ilpperai.gov.my. tp belum siap sepenuhnya lagi. masih byk nk betulkan tu.  

owh, bercerita mengenai opis, akan bertukar lagi! jeng…jeng…jeng… hehe. mayb ke JMTI kot dlm masa terdekat. yes pindah opis cantek. hehe… ilp yg x tahan 1 je sbnrnya, bangunan dia!   

bicara aku pada bulan.

ermmm… merenung bulan, cantek bulan malam ni…
terang. bersinar.

bulan,
agak2 sampai mane ye bole nmpk bulan?
adakah dari utara sampai ke selatan?

bulan,
dia tgk bulan…?
dah lama tak nampak dia,
apa kabarnya dia bulan?
sehatkah? gembirakah dia bulan?

bulan,
entah bile aku kan ketemu dia lagi bulan,
mungkin… suatu hari nanti dimasa hadapan,
tapi mungkin juga xkan pernah ada harapan…

bulan,
tlg tengok2 kan dia ye bulan,
temani dia untuk aku…

bulan
kalau dia juga merenung bulan, tolong sampaikan salam pada dia…

owh bulan… enggan melayan diriku lagi…
—————————————————————–

dem, sape la hack comp aku ni. tulis bkn2. 
heh…

merepek di pagi hari

jam menunjukkan pukul 1.25am. patutnya dh tido. sbb esk kena pegi keje awal. ada seminar kat penang pulau nun. adoi… malasnya… jujur ku katakan x suka keje kat situ. adoiii… dah x tau la cmna… mmg la aku akan hadapi jugak semua ni dengan hati yg tabah n terpaksa. hehe. tp… cuma nk ngadu je kat sini. itu pun kalau ada org baca.. heh.  aku mmg x suka la kat situ, xsuka persekitaran dia. mcm bangunan tinggalan.  sesape tolong la selamatkan aku…

 ”Ya Allah, tabahkan lah hati hambaMu ini…sesungguhnya aku manusia yg lemah…”

*sungguh2 aku mengharapkan kiranya kau membaca ketika ini…

puisi

sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
meskipun lidahku sudah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta…
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaan…

- puisi dari “ketika cinta bertasbih” -

rahsia

manusia ni banyak simpan rahsia. terlalu byk yg disimpan di dalam hati. byk yg ditelan sendiri, tidaklah dikongsi. apa yg terpancar diwajah, x semestinya hasil lukisan hati. selalu orang kata… BIARLAH RAHSIA.

betul kan…?