• blog…blog…

    Nana
    cmah
    pinang
    ummi
    Ani
    Jool
    Si Kosong
    Ayu
    Ewan
    Mr Joe
    Cma
  • LiNks

    youtube yahoo
    mosti yahoo
  • October 2009
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

TAZKIRAH HARI INI : “SABAR ATAS KEMATIAN INSAN TERSAYANG”

Tazkirah hari ini ialah tentang SABAR ATAS KEMATIAN INSAN TERSAYANG.

Al-Hadis :-

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: “Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab: “Ya”. Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab: “Ya”. Allah bertanya kali ketiga: “Apakah kata hamba-Ku?” Malaikat menjawab: “Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan: “dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya: “Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran”.          (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Huraian :-

• Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi menjadi kecil pada dirinya.

• Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.

• Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

—————————————————————————————–

membaca tazkirah yg di hantar oleh ustaz wan untuk warga mosti hari ini. mungkin boleh dikongsi bersama.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: