• blog…blog…

    Nana
    cmah
    pinang
    ummi
    Ani
    Jool
    Si Kosong
    Ayu
    Ewan
    Mr Joe
    Cma
  • LiNks

    youtube yahoo
    mosti yahoo
  • January 2010
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031

Kisah Hati dan Paku

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya alaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepadabapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini

“Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun lukanya masih tetap ada”

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Advertisements

100 hari

hari ni 100 hari ayah pergi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amennn..

tentang ayah, seingat aku ayah tak pernah sekali pun marah aku. ayah seorang yg susah nk marah. pendam perasaan, simpan semua perkara sendiri. seorang anak yg taat kepada ibubapa, seorang yg penyabar,… [dah la. xbole nk cerita lagi… ]

sesungguhnya dunia ini fana, dunia ini tiadalah kekal, sesungguhnya ibarat sarang yang ditenun oleh labah-labah… – nisan Sultan Mansur Syah(1477)

rindu… Al-fatehah.

 

my smile is fading away…

 

my wish for you

This is my wish for you: Comfort on difficult days, smiles when sadness intrudes, rainbows to follow the clouds, laughter to kiss your lips, sunsets to warm your heart, hugs when spirits sag, beauty for your eyes to see, friendships to brighten your being, faith so that you can believe, confidence for when you doubt, courage to know yourself, patience to accept the truth, Love to complete your life.

tu me manques!